KUANTAN: Dakwaan wujud kem dalam kalangan calon yang menawarkan diri merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti bulan depan cuma andaian, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau yang juga antara tujuh calon bagi merebut jawatan Naib Presiden berkata dakwaan wujud kem propresiden, antipresiden dan bebas dalam pencalonan bagi pertandingan kali ini juga cuma 'pandangan dua atau tiga tokoh'.
"Saya sendiri tak tahu (wujud kem berbeza)... saya ingat ini (pertandingan Naib Presiden) terbuka kepada semua dan kita semua menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti jika diberikan peluang dan kepercayaan.
"Saya harap saingan dan pertandingan juga berjalan secara sihat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Anugerah Kecemerlangan sempena Ulang Tahun Kedua Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini semalam.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Sallehuddin Ishak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Johari Harun serta Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin.
Selain Wan Rosdy, turut menawarkan diri bertanding bagi jawatan itu ialah dua penyandang Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Turut menawarkan diri ialah Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Simpang Renggam Datuk Seri Hasni Mohamad, Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Sementara itu, mengulas mengenai majlis berkenaan, Wan Rosdy berharap kejayaan MBK memperoleh 30 anugerah di pelbagai peringkat dalam tempoh dua tahun 'bergelar' bandar raya menjadi pendorong kepada MBK, majlis perbandaran dan majlis daerah di Pahang untuk meningkatkan sistem penyampaian awam dengan lebih efektif, kolektif dan berdaya saing.
"Kita tidak boleh mudah berpuas hati atau terus dalam keadaan status quo. Sebaliknya harus menggandakan usaha, mencari idea baharu yang lebih kreatif dan inovatif, berfikiran luar kotak serta mempunyai semangat berpasukan yang tinggi untuk terus berjaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
Wan Rosdy berucap pada Malam Anugerah Kecemerlangan sempena Ulang Tahun Kedua Majlis Bandaraya Kuantan di Kuantan malam tadi. - Facebook Wan Rosdy bin Wan Ismail
Malaysia sertai Persidangan Antarabangsa Menteri-Menteri Kebudayaan di Turkmenistan
Malaysia merupakan antara negara yang menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kebudayaan Antarabangsa yang bermula semalam di Ashgabat, kata Duta Turkmenistan ke Malaysia M. Mashalov.
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
KUSKOP seru setiap agensi perkasa operasi perbankan digital, khususnya AI
Semua agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diseru memperkasa operasi perbankan digital masing-masing khususnya melibatkan bidang kecerdasan buatan (AI).
Cecah 43 celcius, elak dehidrasi, strok haba
Beberapa jemaah Malaysia bakal haji akui cuaca begitu panas di Mekah sekarang, tetapi mereka mengambil langkah waspada untuk tidak terdedah dengan cuaca di luar bagi mengelak dehidrasi dan strok haba sebagaimana disarankan Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
Setiap hari terpaksa 'berperang' dengan ribuan lalat
Penduduk Flat Taman Sintar Indah, Nibong Tebal tidak mampu lagi bertahan dengan 'kehadiran' ribuan lalat setiap hari yang telah menganggu kehidupan seharian mereka.
PBT diingatkan guna peruntukan secara telus - KPKT
KPKT memberi peringatan kepada semua agensinya terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) agar melaksanakan semua projek yang mendapat peruntukan kementerian secara telus dan mengikut piawaian ditetapkan.
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan Balai Polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang.
Cuepacs yakin semua penjawat awam sedia terima teguran
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata setiap pandangan terhadap penjawat awam bertujuan untuk memperbaiki atau menambah baik sesuatu perkara yang mungkin terdapat kelemahan.
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
China, Malaysia komited eratkan hubungan bilateral - Naib Presiden Han Zheng
China bersedia berusaha bersama dengan Malaysia untuk menyuntik "konotasi" dan momentum baharu ke dalam perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.
Pemilihan UMNO: Dakwaan wujud kem cuma andaian - Wan Rosdy
Wan Rosdy berkata, dakwaan wujud kem dalam pencalonan bagi pertandingan kali ini juga cuma 'pandangan dua atau tiga tokoh'.
Ahmad Maslan umum tak tanding jawatan Naib Presiden UMNO
Timbalan Menteri Kewangan I itu memilih bertanding jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ketua UMNO Bahagian Pontian.
Mahdzir Khalid pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.
Khairy menang jawatan Naib Presiden PKBM
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memenangi jawatan Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia bagi penggal 2023-2026.
Jawatan Naib Presiden UMNO: Dua sudah sahkan, ramai lagi masih 'intai-intai'
Naib Presiden UMNO adalah jawatan tertinggi yang dipertandingkan pada pemilihan parti Mac depan susulan dua jawatan utama iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan dipertandingkan.
Khairy dilantik sebagai Naib Presiden WHA ke-75
Pelantikan tersebut dicapai sebulat suara oleh negara anggota WHO Pasifik Barat.
Adly dilantik Naib Presiden Amanah ganti Husam
Presiden Amanah, Mohamad Sabu memaklumkan pelantikan Adly yang sebelum ini merupakan Bendahari Agung Amanah dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tiada mesyuarat antara Menteri UMNO dan Presiden, yang tersebar hanya khabar angin
Menurut sumber, itu hanyalah khabar angin dan tiada sebarang mesyuarat dijadual berlangsung pada jam 3 petang seperti yang tersebar.
Malaysia terus jadi hab penting operasi global Intel
Malaysia dilihat sebagai hab penting kepada operasi global syarikat teknologi itu untuk menyampaikan produk utama industri berkaitannya di seluruh dunia.